ANTI – SEMITISM

1. Perkataan “anti-semitic” dicipta oleh orang Yahudi untuk melindung mereka dari kecaman terhadap kesalahan perlakuan mereka.

2. Mereka menjadi segala teguran terhadap mereka sebagai satu kesalahan. Demikianlah sehingga sampai ke tahap kritik terhadap Yahudi boleh undang hukuman dipenjara.

3. Secara tidak langsung pengkritik diberi label anti-Semitic seperti satu label yang dihina oleh Masyarakat.

4. Di Malaysia pendekatan yang sama diguna. Didakwa bahawa sentuhan terhadap tiga perkara dijadikan kesalahan. Dia bukan undang-undang. Tetapi kesannya seperti undang-undang.

5. Jika tiga perkara ini disentuh oleh sesiapa, ia boleh dihadapkan tindakan seperti ia mencabul undang-undang.

6. Dengan itu masalah yang ditimbulkan oleh 3R tidak dapat dikemukakan. Perbincangan tidak boleh diadakan. Dan selamatlah pihak yang zalim dari serang.

7. Kebebasan bersuara dikatakan tidak terhakis. Tetapi sekatan perbincangan 3R bukanlah sekatan terhadap bersuara.

8. Ingatlah terlarang sentuhan 3R menghasilkan kesan kepada Kerajaan seperti anti-semitism menyelamatkan Yahudi dari kecaman terhadap kezaliman mereka.

SYARIKAT PEMBUAT SENJATA UNTUK MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN

1. Beberapa syarikat pembuat senjata, yang ketika ini digunakan untuk membantai rakyat Palestin, diberitakan hadir di Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024, seharusnya disuruh pulang dan meninggalkan Malaysia dengan seberapa segera.

2. Dua syarikat utama – Lockheed Martin dan BAE System – merupakan pembekal senjata yang besar kepada regim Zionis untuk melakukan serangan-serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

3. Kehadiran mereka ke Malaysia ketika ini di atas anjuran DSA dan NATSEC Asia 2024 dengan kerjasama Kementerian Pertahanan adalah sesuatu yang amat menjengkelkan dan penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dan dokongan rakyat Malaysia yang menentang genocide yang sedang dilakukan di Gaza.

4. Memang benar mereka pernah hadir di dalam anjuran-anjuran terdahulu.

5. Tetapi keadaan kali ini amat luar biasa dan genocide Zionis terhadap Palestin begitu kejam dan tanpa sedikit pun perikemanusiaan.

6. Membenar syarikat-syarikat sedemikian memperolok dan mempersenda segala usaha kita menentang kekejaman regim Tel Aviv. Kita seolah-olah bersekongkol dengan mereka menumpah darah rakyat Palestin termasuk bayi, kanak-kanak dan orang awam yang lain.

7. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan harus mengambil tindakan tegas dan mengarah syarikat-syarikat ini keluar dari Malaysia seberapa segera yang boleh.

8. Dan tindakan ini tidak terhad kepada dua syarikat tersebut. Jika ada syarikat-syarikat lain yang membekal senjata kepada regim Zionis masa kini, mereka juga perlu dinyah keluar dari Malaysia.

9. Mereka perlu tahu bahawa tidak ada tempat di Malaysia untuk mana-mana pihak yang menyokong atau bersubahat dengan Israel melakukan genocide ke atas orang Palestin.

EQUALITY ATAU PERSAMAAN

1. Ia bermula di zaman revolusi, Perancis di waktu rakyat tidak berhak sama sekali. Pemerintah di Barat dan juga di Timur semuanya berbentuk Raja yang Berkuasa Mutlak. Dan keraplah Raja melaku kezaliman terhadap rakyat. Nyawa rakyat berada di tangan Raja.

2. Kerana sikap keterlaluan Raja maka tercetuslah revolusi di Perancis. Tuntutan rakyat ialah hak yang sama dan kebebasan. Slogan mereka ialah “Égalité, Fraternité and Liberté”.

3. Tuntutan rakyat sangat adil dan bertimbang rasa.

4. Tetapi ahli pemikir berpendapat memiliki hak persamaan tidak cukup kerana terdapat banyak lagi kelainan hak dan kurangnya kebebasan di kalangan masyarakat. Dengan itu bermulalah gerakan untuk mengenal pasti perbezaan layanan dalam masyarakat manusia supaya dapat dikurangkan.

5. Perbezaan yang ketara terdapat antara lelaki dan perempuan. Dalam mana-mana masyarakat terdapat perbezaan hak dan layanan antara lelaki dan perempuan. Dan ini dianggap tidak adil. Hak yang sama hendaklah diberi tanpa mengambil kira jantina.

6. Maka perjuangan diadakan supaya dalam semua bidang perbezaan hak dan layanan dihapuskan. Masyarakat menerima keadilan menghapuskan perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

7. Terdapat pejuang-pejuang persamaan berpendapat masih banyak perbezaan terdapat di antara lelaki dan perempuan. Maka tuntutan dibuat supaya apa yang boleh dilakukan oleh lelaki, perempuan juga boleh lakukannya.

8. Masih juga perasaan tidak puas hati timbul di Barat. Ia sudah sampai ke tahap kenapa ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Ini menghalang persamaan antara mereka.

9. Untuk mencapai persamaan (equality) masyarakat Barat sekarang sudah menolak kelainan antara lelaki dan perempuan. Tidak ada keperluan membezakan jantina. Dengan itu, mencatat jantina di kad pengenalan tidak perlu.

10. Murid ke sekolah tidak perlu nyatakan jantina mereka. Sudah tentu tidak ada pengasingan bilik darjah lelaki dan perempuan.

11. Sekarang di UK dan beberapa lagi negara Barat tandas asing untuk murid lelaki dan perempuan tidak perlu disediakan. Dan murid diajar supaya menerima persamaan total yang menolak jantina.

12. Ini jugalah yang diajar dan dipromosi di kalangan penuntut. Manusia semua sama. Tidak ada lelaki dan perempuan.

13. Kita sudah lihat perkembangan LGBT di seluruh dunia. Negara Asia juga sudah terima perkahwinan dan keluarga sejenis. Konsep kahwin dan keluarga tidak lagi diakui dan dimuliakan.

14. Barat sekarang sudah hilang akal. Atas nama kebebasan dan kesamaan, nilai-nilai hidup dahulu sudah dihapuskan.

15. Perkembangan ini bukan lagi dianggap budaya baru. Ia sudah jadi budaya biasa, iaitu ia sudah jadi normal, bukan new normal.

16. Ramai yang membaca rencana ini akan anggap ini khayalan penulis (kerana tua).

17. Bagi saya tidak mengapa jikalau saya dianggap nyanyuk. Apa yang saya dakwa dalam rencana ini bukan akan berlaku.

18. Ia sudah berlaku.

19. Jaga-jaga apabila hantar anak ke sekolah di Eropah.

MEMERANGI RASUAH

1. Kita bangga dengan usaha memerangi rasuah di Malaysia.

2. Banyak sudah kejayaan dicapai.

3. Rasuah sudah berkurangan.

4. Caranya istimewa.

5. 47 kes rasuah sudah dihapuskan dengan menghenti dakwaan di mahkamah.

6. Ada kes yang hukuman dikurangkan.

7. Ada kes-kes yang dakwaan digugur.

8. Banyak lagi sudah tidak dianggap rasuah yang perlu dibicara.

9. Dengan tindakan-tindakan ini berkuranglah rasuah dalam negara.

10. Malangnya telah dikenal pasti kes-kes baru. Kes-kes ini dikenali oleh pembesar sendiri. Dianya memaklumkan kepada masyarakat bahawa ramai Perdana Menteri dahulu apabila berkuasa telah curi berbillion Ringgit. Terdapat kotak-kotak dalam simpanan Kerajaan bukti yang jelas berkenaan pencurian ini.

11. Bukti-bukti ini akan ditunjuk kepada masyarakat umum. Malangnya proses mendedah bukti ini menghadapi banyak masalah.

12. Tetapi jangan khuatir. Orang yang punyai bukti ini boleh dipicit sehingga terkeluarlah bukti.

13. Proses ini mengambil masa sedikit. Tetapi pihak yang bertanggungjawab mampu mengeluarkan bukti.

14. Kesungguhan pihak berkuasa memerangi rasuah tidak boleh dipertikai. Bukan sahaja perasuah kerdil yang akan disiasat, tetapi Tun jerung dan Tan Sri Paus juga akan disiasat.

15. Percayalah, jika masa bertahun diperlukan tetapi buruan akan diteruskan. Bukti akan ditunjuk supaya orang awam sedar keperluan menyokong pihak yang memerangi rasuah. Syabas.

16. Bertuah sungguhlah rakyat Malaysia.

17. Kita bebas bukan sahaja dari rasuah tetapi undang-undang kita lebih kuat. Tun ka, Tan Sri ka tidak selamat.

HIPOKRIT


1. Sudah 34,000 lebih orang Palestin di Gaza yang dibunuh oleh Israel.
2. Dunia masih tidak buat apa-apa. Dan ramai lagi yang akan dibunuh.
3. Tamadun manusia sudah tidak ada. Negara kecil seperti Israel pun boleh tolak dan hina mahkamah antarabangsa dunia.
4. Tidak ada kuasa yang boleh halang Israel dari terus membunuh sesuka hati mereka.
5. Siapa salah apabila undang-undang antarabangsa tidak boleh dikuatkuasakan.
6. Yang betul-betul salah ialah Amerika Syarikat dengan statusnya sebagai kuasa dunia dan hak vetonya dalam United Nations Security Council.
7. Amerika tidak boleh cakap lagi berkenaan Hak Asasi Manusia, kebebasan dan demokrasi.
8. Kamu hipokrit.

TUDUHAN


1. Membuat tuduhan mudah. Tetapi tuduhan tanpa bukti tidak boleh diterima.
2. Mudah sungguh mendakwa si polan-si polan kaya kerana curi duit.
3. Tetapi bukti tidak dapat ditunjuk. Berbulan-bulan, bahkan bertahun sudah berlalu.
4. Berkali-kali dihadap ke mahkamah.
5. Tetapi bukti masih tidak ditunjuk.
6. Tuduhan dibuat terus. Konon ada pihak sembunyi bukti.
7. Yang dikatakan tolong menyembunyi bukti diugut, ditekan.
8. Tetapi nak bohong pun perlu tunjuk bukti.
9. Tak ada bukti pembohongan pun tidak dapat diterima.
10. Duit yang sedikit boleh disembunyi.
11. Duit berbillion tidak boleh disembunyi. Ia perlu dibelanja.
12. Tiap gerakan akan direkod, ada paper trail.
13. Ada rekod dalam cek, rekod dalam bank.
14. Kalau tak dapat belanja kerana paper rekod apa guna duit.
15. Tak dapat tunjuk bukti tuduhan tidak boleh diterima.
16. Tunjuklah bukti. Tak usah cuba bawa cerita lain.
17. Mana dia kotak-kotak berisi dokumen-dokumen.
18. Tunjuklah.
19. Oh. Rahsia.
20. Kalau rahsia kenapa buat tuduhan.

INTERNATIONAL LAW

1. The world believe there was such a thing as international law. The countries of the world, big and small, believed that international law would ensure the breaches of justice between countries would and could be dealt through the international laws.

2. But just like the League of Nations, the United States of America openly rejected the concept of equality of every country under the laws. And so in the United Nations Charter provision was made for exemption or exception for certain countries. In fact the countries which formulated the laws placed themselves above the laws. They gave themselves veto powers.

3. The first wrong interpretation of international laws was the acceptance that the winner had a right to prosecute and to judge on the alleged war crimes committed by the losers.

4. The winners have not been tried. This is not just as the judgements must be made by third parties in order not to be bias.

5. Now we are seeing a country openly breaking international laws and getting away with it.

6. So much for international laws.

LAW AS A MEANS TO THREATEN

1. We believe in the rule of law. We assume that laws are made to protect us. But now we see laws being used to threaten us.

2. The Government authority simply states that failure to obey its instruction can result in being imprisoned and fined. No mention is made of court hearings.

3. The demand made is not easy to comply. It requires massive research of all transaction in the last 40 years. Most people do not retain records of their activities over that long period of time. But failure to report any action may be construed as deliberate withholding of information. It may result in costly and prolonged legal action. It may result in jailing. That is the threat.

4. At that stage the law becomes oppressive. I don’t think the legislators are bent on making life miserable for the citizens.

5. But Government may.

6. There may be a case for information on certain dubious acts to be investigated. For that the authority needs to identify the act. The person needs to make clarification.

7. But what we are seeing is a general demand with no identification of the act being criminal.

APAKAH SAYA PENJENAYAH

1. Kata Inspector-General of Police (IGP) saya tidak dilayan sebagai penjenayah.

2. Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

3. Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.

4. Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit.

5. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

6. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.

7. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

8. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah.

9. Berkenaan dengan statutory declaration oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa statutory declaration Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

10. Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya.

VIOLENCE

1. I was tickled when I read a newspaper headline stating “Violence has no place in our country”
2. Today we all know that “non-violence” also has no place in our country.
3. Think.